
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Malaysia terus mencatat empat digit bagi kes harian baharu COVID-19 apabila 1,229 kesĀ direkodkan dengan empatĀ lagi kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata jumlah keseluruhan kes di negara kiniĀ ialahĀ 83,475 dengan jumlah kes aktif sebanyak 13,667 manakala angka korban akibat pandemik itu setakat ini ialah 415 orang.
āDaripada jumlah kes baharuĀ itu, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,227 kes,ā menurutnya dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini situasi COVID-19 semalam.
Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 dengan 344 kes adalah dariĀ kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan diikuti SabahĀ (333 kes) dan Kuala Lumpur (131 kes).
Jumlah kesĀ sembuh adalah sebanyak 1,309 kes dan sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19Ā sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.
— BERNAMA