Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Bongkar Aktiviti Loteri Haram Berselindung di Sebalik Kedai Telefon, Komputer

By 14 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 14 Dis (Malaysiaaktif) – PolisĀ membongkarĀ kegiatan loteri haramĀ yang berselindung di tapak sewa dalamĀ kedai telefon bimbit dan elektronikĀ selepas menahan sembilan individu termasuk tujuh warga asing dalam operasi di empat premisĀ diĀ Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata daripada tujuh warga asing itu, tiga adalah wanita warga Indonesia pekerja pusat loteri haram berkenaan, manakalaĀ tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar yang ditahan merupakan pelanggan.

Beliau berkata kesemua enam lelaki dan tiga wanita berumur antara 20 dan 47 tahun itu diremanĀ selama empat hari, dan kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM200,000 atauĀ lima tahun penjaraĀ jika disabit kesalahan.

“BagiĀ mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka menggunakan taktik berpindah dari satu kedai ke kedai lain yang disewa dalam tempoh dua hinggaĀ tigaĀ bulan.Ā Kedai yang selalu digunakan adalah kedai telefon bimbit dan elektronik.

ā€œSerbuan dilakukan kira-kira 4.30 petang ke atas tiga premis di dalam kedai telefon bimbit di Subang Perdana Court 10, USJ 3 serta sebuah kedai komputer riba di Pangsapuri Angsana Taman Subang Mewah,ā€ katanya pada sidang media selepas tamat operasi tersebut.

ā€œPolis turut merampas wang tunai sebanyak RM1,759, masing-masing empat unit mesin pencetak dan telefon bimbit serta 41 kertas nombor loteri awam haram,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda