
Laporan/foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 11 DisĀ (Malaysiaaktif) – Kes baharu jangkitanĀ COVID-19 di Malaysia melonjak kepadaĀ empat angka dengan 2,234 kesĀ dan yang tertinggi sepanjang pandemik ituĀ melanda negara, kataĀ Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Perkembangan baharu itu menjadikan kes kumulatifĀ COVID -19Ā kini, sebanyak 78,499 kes dengan kes aktif meningkat kepadaĀ 11,867 kes.
Dr Noor HishamĀ menjelaskanĀ Negeri Selangor terusĀ melaporkan kes harian tertinggiĀ denganĀ 1,428 kes membabitkan 1,321 kesĀ yangĀ dikesan hasil saringan kontak rapat dan kluster sedia ada.
Beliau berkata negeri itu dijangkaĀ akan kekal tinggi susulan perluasan Program Saringan Pekerja Warga Asing oleh Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) dan tindakan proaktif majikanĀ di kawasan Lembah Klang.
āKebanyakan kes negeri iniĀ melibatkan klusterĀ berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster SerulingĀ dengan 842 kes dan Kluster HentianĀ (315 kes),ā katanya dalam satu kenyataan,Ā semalam.
— BERNAMA