Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Portal MalaysiaBiz Mudahkan Pendaftaran Perniagaan – Muhyiddin

By 7 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: MalaysiaBiz

PUTRAJAYA, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan portal MalaysiaBiz yang berfungsi sebagai pusat setempat bagi memudahkan pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen dalam talian secara efisien.

Beliau berkata portal yang dibangunkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu bertujuan mewujudkan persekitaran yang mesra peniaga bagi meningkatkan daya saing negara serta memacu pertumbuhan ekonomi setempat.

“Kepada para usahawan kecil dan sederhana sekalian, manfaatkanlah peluang ini untuk mendaftar dan memohon lesen perniagaan masing-masing melalui portal MalaysiaBiz.

“Marilah kita sama-sama menjayakan inisiatif ini dan semoga segala urusan saudara dan saudari dapat dipermudahkan,” katanya dalam ucapan semasa melancarkan portal itu yang disiarkan di laman Facebook MAMPU.

Perdana Menteri berkata portal itu dibangunkan berikutan kerajaan menyedari pentingnya platform digital dalam bidang perniagaan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda