Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

34 Buah Masjid di Padang Terap Patuh SOP PKP 2.0

By 7 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Anis Othman/Syed Putera Syed Ambon (Padang Terap)

KUALA NERANG, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Pemantauan yang dibuat oleh Skuad Pemantau Pejabat Agama Daerah Padang Terap mendapati kesemua 34 masjid di daerah ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Padang Terap (PTADPT) Syeikh Muzammil Yob, masjid-masjid berkenaan telah menyediakan semua kemudahan seperti aplikasi My Sejatera, pengimbas suhu serta cecair pembasmi kuman sepertimana yang diarahkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi memastikan kepatuhan kepada SOP ini, pihak PTADPT telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantau dalam kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Agama.

“Jawatankuasa ini akan memantau segala aktiviti di masjid pada setiap hari terutamanya ketika solat Jumaat,” katanya ketika ditemui semasa pemantauan tersebut di salah sebuah masjid dalam Daerah Padang Terap, baru-baru ini.

DSP Mulkiamin (dua dari kiri) ketika melakukan pemantauan, baru-baru ini.

DSP Mulkiamin (dua dari kiri) ketika melakukan pemantauan, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan (DSP) Mulkiaman Manzar, berkata pihak polis juga sentiasa memantau pematuhan SOP di masjid-masjid ini bagi memastikan semua jemaah berada dalam keadaan selamat.

“Semua pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Padang Terap dan Pegawai Perhubungan Masjid telah diarahkan memberi taklimat berkaitan pematuhan SOP di semua masjid di seluruh daerah Padang Terap.

“Semua ahli jawatankuasa masjid dinasihatkan bertindak secara agresif dan tegas bagi memastikan jemaah mematuhi SOP yang dikenakan seperti mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah sendiri dan mengambil bacaan suhu sebelum masuk ke masjid.

“Kepatuhan kepada SOP akan membantu pihak kerajaan bagi mengurangkan jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda