Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sumbangan Barangan Dapur Ringankan Beban 80 Orang Penerima

By 7 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/U.Prakash (Daerah Barat Daya)

BAYAN BARU, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 80 penerima di sekitar Bandar Bayan Baru menerima sumbangan barangan dapur daripada Pusat Komuniti Mahsuri yang bertempat di Dewan KRT Mahsuri di sini.

Ketua Komuniti Mahsuri, Zulkifli, 68, berkata tujuan program tersebut diadakan adalah bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di dalam menghadapi pendemik COVID-19.

Beliau berkata, pihaknya berasa gembira kerana dapat menjalankan tanggungjawab membantu ahli dalam komuniti tersebut.

AJK Pusat Komuniti Mahsuri membantu perjalanan Program Sumbangan Dapur kepada 80 orang penerima.

AJK Pusat Komuniti Mahsuri membantu perjalanan Program Sumbangan Dapur kepada 80 orang penerima.

Katanya, penerima adalah terdiri daripada golongan kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal, orang kurang upaya, warga emas serta keluarga yang terkesan dengan tempoh PKP ini.

“Seramai tiga puluh orang ahli jawatankuasa hadir membantu melancarkan perjalanan program tersebut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Antara SOP yang ditetapkan ialah memakai pelitup muka, mengimbas suhu dan mencatit butir diri , mengamalkan penjarakan sosial serta hanya lima orang penerima dibenarkan menerima sumbangan pada satu-satu masa,” katanya.

Antara SOP yang ditetapkan ialah mengimbas suhu dan mencatat butir diri bagi semua peserta Program Sumbangan Bantuan Dapur.

Antara SOP yang ditetapkan ialah mengimbas suhu dan mencatat butir diri bagi semua peserta Program Sumbangan Bantuan Dapur.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Sivawathy, 61, berasa amat gembira dan terharu menerima sumbangan tersebut ketika sepanjang tempoh PKP ini.

“Saya tidak dapat bekerja sepanjang tempoh PKP ini dan masih menanggung dua cucu lagi,” katanya.

Pegawai Penerangan mewakili Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya memberikan Sumbangan Bantuan Dapur kepada salah seorang penerima.

Pegawai Penerangan mewakili Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya memberikan Sumbangan Bantuan Dapur kepada salah seorang penerima.

Program bantuan itu juga disertai bersama kakitangan Pejabat Penerangan Barat Daya yang turut mengagihkan buku Amalan Norma Baharu sambil membuat hebahan melalui Unit Bergerak Info on Wheel.

-ii-

Tinggalkan komen anda