Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Agensi Kerajaan Bantu Petugas Barisan Hadapan Perangi COVID-19

By 17 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahril Alias/Norhaidah Md Esa (Port Dickson)

PORT DICKSON, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah menjalinkan kolabrasi bersama Pejabat Penerangan Daerah menjalankan program khas hebahan ‘Info on Wheels’ (IoW) sempena Sambutan Tahun Baharu Cina, di sini baru-baru ini.

Pegawai FAMA Daerah Hasanol Bolkiah Zainal, berkata kerjasama turun padang bersama pelbagai agensi ini perlu lebih kerap dilaksanakan.

“Usaha seperti ini perlu diteruskan dalam memberikan penerangan kepada pengunjung serta usahawan pasar tani daerah ini khususnya berkaitan isu darurat COVID-19 serta secara tidak langsung mereka dapat maklumat yang jelas dan tepat berkaitan situasi ini,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan tinjauan di Pasar Tani Lukut, di sini baru-baru ini.

Menurut Pegawai KPDNHEP Port Dickson Norehan Rosli, pujian harus diberikan kepada pengelola program IoW ini kerana bersama-sama membantu peranan agensi masing-masing dalam memberikan hebahan, pematuhan SOP dan mempromosi Akta 342 serta Skim Harga Maksimum kepada pengguna dengan jelas dan baik.

“Keberadaan setiap agensi dapat memastikan bekalan makanan mencukupi dan pemantauan terhadap pembelian panik dapat diatasi,” katanya.

“Dalam pandemik COVID-19 dan darurat ini, pemantauan terhadap pematuhan Standard Operasi Prosedur (SOP) dilaksankan dengan lebih ketat di beberapa lokasi antaranya pasar awam, pasar tani, pasar raya dan premis peruncitan yang menjadi tumpuan orang ramai kunjungi sempena cuti umum perayaan,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda