Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Cakna Kerajaan Bantu Golongan Terkesan PKP 2.0

By 17 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin/Muhammad Husaini Harun (Langkawi)

LANGKAWI, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai tujuh orang penduduk di Mukim Padang Mat Sirat, di sini menerima pek bantuan bekalan makanan bagi membantu mereka yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

Pegawai Daerah Langkawi Saiful Anwar Azmi, berkata sumbangan ini diharap secara tidak langsung dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan di daerah ini dalam menghadapi PKP.

“Saya berharap agar para penerima bantuan ini dapat menggunakan barangan keperluan asas ini dengan sebaiknya berikutan negeri Kedah sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Saya juga memohon rakyat agar mengutamakan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang di tetapkan oleh kerajaan seperti menjaga kebersihan diri sepanjang masa, duduk di rumah dan keluar rumah jika ada keperluan penting sahaja, agar kita dapat membendung wabak COVID-19 ini daripada menular dan secara tidak langsung memutuskan rantaiannya,” katanya ketika ditemui ketika menyampaikan sumbangan Bantuan Bekalan Makanan Bagi Mukim Padang Matsirat, di sini kelmarin.

Saiful turut menyeru agar masyarakat terus berdoa, sentiasa patuh pada arahan yang dikeluarkan dan bersabar sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

Sabariah berterima kasih atas sikap ambil peduli dan bertindak segera bagi membantu golongan yang senasib dengannya.

Sabariah berterima kasih atas sikap ambil peduli dan bertindak segera bagi membantu golongan yang senasib dengannya.

“Saya turut berharap agar lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan untuk memberi sumbangan barangan keperluan harian untuk disampaikan kepada golongan yang kurang berkemampuan di daerah ini,” katanya.

Bagi penerima bantuan, Sabariah Syafie, 42, beliau berterima kasih kerana ketika ini beliau sangat memerlukan bantuan bagi memastikan keluarganya mendapat bekalan makanan yang berterusan.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Langkawi terutama Penghulu Mukim Padang Matsirat kerana bersikap ambil peduli dan bertindak segera bagi memastikan golongan seperti kami tidak ketinggalan dalam mendapatkan bantuan yang diberikan,” katanya.

Penerima lain, Saad Murad, 53, berkata beliau berharap untuk mendapat bantuan kerana ketika ini beliau sedang menyara lima orang anak dan dua daripadanya baru sahaja disahkan mengalami masalah kesihatan yang memerlukan bantuan kewangan yang banyak setiap bulan.

“Saya sangat bersyukur dengan bantuan yang diterima terutamanya pelbagai bantuan yang diterima setiap bulan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Program yang berlangsung di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Padang Matsirat ini turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Zulkifli Abdullah dan Penghulu Mukim Padang Matsirat Abdul Malik Abd Aziz.

-SH

Tinggalkan komen anda