
Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Suasana sambutan Chap Goh Meh kali ini tentunya berbeza apabila tiada lagi sambutan besar-besaran sebagaimana kebiasaan namun ia bukanlah penghalang kepada persefahaman dan jalinan kekeluargaan.
Hari Chap Goh Meh yang juga dikenali sebagai Pesta Tanglung merupakan yang hari ke-15 dan menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baharu Cina.
Berbeza sambutan pada tahun ini, ia diraikan dengan amat sederhana oleh masayarakat terutama penduduk di Pekan Dangi di sini semalam ekoran pendamek COVID-19 yang melanda negara.
Menurut Ng As Chit, 68, sambutan Chap Goh Meh tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya dengan kehadiran ahli keluarga terutama anak-anak.
“Tahun ini sambutan sangat berbeza kerana ahli keluarga tidak dapat berkumpul dan selalunya ahli keluarga akan bersama untuk makan malam, bermain mercun dan menyalakan tanglung selain upacara sembahyang.
“Walaupun sambutan kali ini diraikan dalam norma baharu kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita perlu patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya ketika dikunjungi pemberita di premis perniagaannya di Pekan Kuala Pilah, di sini kelmarin.
Dalam pada itu menurut Lim Kuan Fah, 60 masyarakat di sini sentiasa menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan budaya.
“Walaupun tiada sambutan besar-besaran, keberadaan jiran-jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum di sini menjadikan sambutan kali ini tetap meriah.
“Warga Malaysia sendiri telah sebati dengan berkongsi budaya serta setiap perayaan bersama-sama dan ia dijadikan sebagai medium untuk memupuk perpaduan,” ujarnya.
-FF