Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

2,364 Kes Baharu dengan 10 Kematian

By 28 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam meningkat sedikit kepada 2,364 kes berbanding 2,253 semalam dengan 10 lagi kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,363 kes merupakan penularan tempatan manakala bakinya kes import menjadikan jumlah kumulatif kini ialah 298,315 kes.

Beliau berkata kes sembuh yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas pula ialah sebanyak 3,320  menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 270,166.

“Sebanyak 10 kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 1,121 kes manakala 190 kes pula dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 99 memerlukan bantuan alat pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi iaitu 862 diikuti Johor (314), Perak (305), Sarawak (255) dan Sabah dengan 157 kes.

Pulau Pinang merekodkan 155 kes diikuti Kuala Lumpur (117), Negeri Sembilan (74) dan Kelantan (68) manakala Kedah dan Melaka masing-masing mencatatkan 17 kes diikuti Terengganu (11), Pahang (lapan), Putrajaya (empat) serta Perlis dan Labuan masing-masing tiada kes.

Mengenai 10 kematian baharu, Dr Noor Hisham berkata lapan kes melibatkan warga tempatan dan bakinya adalah warga asing berumur lingkungan 45 hingga 86 tahun dengan sebahagian besar kes mempunyai penyakit kronik.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda