Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Masjid Al-Aman Yooi Edar Bantuan, Ringan Beban Penduduk Setempat

By 28 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin/Mohamad Husaini Harun (Langkawi)

LANGKAWI, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli kariah Masjid Al-Aman Yooi mengedarkan bakul makanan kepada penduduk sekitar sini bagi meringankan beban yang dihadapi oleh anak kariah yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menurut Imam Masjid Al-Aman Yooi Muhamad Amirul Rizuwan Abdul Radzar, program ini bertujuan untuk mengimarahkan masjid serta mengeratkan silaturahim sesama kariah dengan menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada anak kariah yang terjejas dari segi pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Bekalan Makanan ini adalah hasil sumbangan anak-anak kariah Masjid Yooi yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kariah yang terputus bekalan mskanan ketika ini,” katanya yang ditemui sempena Program Ziarah Kasih di Kampung Yooi Bohor, di sini semalam.

Pengerusi Sukarelawan SAHABAT dan KAFETERIA Masjid Al-Aman Yooi Mahadzir Abdullah, pula berkata program ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Skuad Sukarelawan SAHABAT dan KAFETERIA Masjid Al-Aman Yooi.

“Tujuan penubuhan sukarelawan ini adalah untuk membantu pihak masjid dari sudut tenaga kerja dan kemudahan-kemudahan yang ada untuk berbakti kepada masyarakat di kariah dan kawasan setempat.

Antara Jawatankuasa yang terlibat dalam program ini.

Mahadzir (tiga dari kanan) bersama-sama ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program ini.

“Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti menaik taraf masjid, penambahbaikan pembesar suara, membina kerusi dan meja batu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan penambahbaikan tempat wuduk.

“Program ini dilihat mampu meringankan sedikit bebanan kepada anak kariah yang terjejas dan terkesan dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia khususnya di negeri Kedah ketika ini,” ujarnya.

Salah seorang penerima bantuan, Rashidi Busu, 42, berkata sumbangan yang diterimanya ini sedikit sebanyak mengurangkan bebannya kerana sumber pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Syukur Alhamdulillah sumbangan ini saya akan gunakan sebaiknya, terima kasih kepada para penyumbang,” katanya.

Seorang lagi penerima bantuan Hawa Awang, 60, yang merupakan ibu tunggal hidup sebatang kara turut menerima sumbangan makanan pada hari ini.

“Ketika COVID-19 ini saya menjual kuih muih secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan, dan syukur sumbangan ini dapat meringankan beban saya,” katanya.

-SH

 

Tinggalkan komen anda