
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 16 Feb (Malaysiaaktif) –Ā Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 tidak perlu gusar keranaĀ format peperiksaan awam SPM kekal samaĀ danĀ tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
Pengarah PeperiksaanĀ Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin GhazaliĀ berkata ini kerana standard sijil SPM yang dikeluarkan telah diiktiraf pakar tempatan danĀ antarabangsa.
āKurikulum dan standard soalan masih sama justeru tidak akan berlaku perubahanĀ formatĀ dan jika berlakuĀ sekalipun, ia perlu mengambil masa yang lama iaitu minimumĀ tiga tahun dan boleh mencecah sehingga lima tahun kerana perlukan kajian.
āSijil SPM ini bertaraf antarabangsa kerana itu ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya⦠jika tidak, sijil kita tidak laku, anak-anak tidak boleh sambung belajar di luar negara dan tidak boleh mendapatkan biasiswa termasuk sukar untuk mendapat pekerjaan,ā katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk āPeperiksaan Awam Tahun 2020 Dalam Norma Baharuā, malam tadi.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebelum ini menegaskan format peperiksaan SPM 2020 kekal seperti sedia ada sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan itu pada masa akan datang.
Pkharuddin juga berkata sekiranya terdapat calon yang didapati positif COVID-19 atauĀ yang diarahkan menjalaniĀ kuarantin kerana merupakan kontak rapat, mereka tidak akan dibenar menduduki peperiksaan.
āDalam garis panduan kita jelas menyatakan dua kumpulan calon ini tidak boleh menduduki peperiksaan namun selepas mereka disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor yang merawat dengan surat pengesahan doktor, maka mereka layak untuk menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula,ā katanya.
Peperiksaan utama iaituĀ SPMĀ dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dijadualkan bermula pada 22 Feb iniĀ diikuti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020, serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lepas.
Peperiksaan awam ini akan berlangsung sehingga 25 Mac melibatkan 401,105 calon.
— BERNAMA