Foto: RTM
PUTRAJAYA, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad, sementara pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mulakan dilancarkan secara berfasa pada 26 Februari.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.
Ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, Perdana Menteri berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.
— BERNAMA