Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Hapuskan Stigma Negatif Terhadap Vaksin

By 26 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhi (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

KUALA KANGSAR, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Stigma negatif terhadap vaksin harus dihapuskan dalam kotak pemikiran setiap rakyat di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid, berkata vaksin yang telahpun tiba dalam negara merupakan vaksin yang terbaik dan rakyat tidak perlu bimbang terhadap vaksin ini.

“Sudah ada jaminan bahawa tahap keselamatan dan keberkesanan yang tertentu telah dikaji oleh pihak pembekal dan kita perlu hentikan stigma negatif terhadap isu ini.

“Saya juga berharap masyarakat Malaysia terutamanya rakyat Kuala Kangsar untuk terus menjaga komuniti dan menjaga diri sendiri,” katanya ketika ditemubual media selepas menghadiri program Info on Wheels (IoW) Daerah Kuala Kangsar hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar turut berkesempatan memasang gegantung Proklamasi Darurat Memerangi COVID-19 di sekitar Bukit Chandan.

Turut hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak Mohd Taib Ubah serta ketua-ketua jabatan di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda