Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
KUALA KANGSAR, 26 Feb (Malaysiaaktif) ā Masyarakat perlu terus menghayati dan mengekalkan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan seharian walaupun setelah menerima suntikan vaksin COVID-19.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid, berkata Program Imunisasi Kebangsaan merupakan langkah terbaik dalam melandaikan kes COVID-19, namun rakyat perlu menerima hakikat untuk mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi menjaga diri sendiri, keluarga dan komuniti.
“Ia bukan bermakna dari segi perbuatan tetapi lebih kepada menghayati apa ertinya norma baharu bermula sekarang.
“Kalau rakyat tidak memahami perkara ini, sekiranya berlaku lagi penularan secara besar-besaran, kita tidak akan bersedia seperti sebelum ini,” katanya yang ditemui dalam program Info on Wheels (IoW) kendalian Jabatan Penerangan (JaPen) Perak, diĀ Bukit Chandan, di siniĀ hari ini.
Mastura turut menjelaskan masyarakat kini sudah semakin memahami dan memberi kerjasama yang baik dalam membudayakan norma baharu.
“Saya bersyukur rakyat memberi kerjasama yang sangat baik di seluruh negara.
“Walaupun kita terkesan dari sudut ekonomi tetapi kita semua sama-sama bersabar untuk menangani COVID-19,” katanya.
-SH