Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97 Naik Lima Sen, Diesel Kekal

By 27 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen seliter manakala harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 27 Feb hingga 3 Mac ini.

Harga baharu untuk RON95 kini RM2.05 seliter, manakala RON97 RM2.35 seliter, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda