Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu 3,391, 19 Kematian

By 6 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di Malaysia menurun kepada 3,391 kes daripada 4,571 kes semalam, dengan 19 kematian direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas setakat ini.

Pertambahan 19 kematian menyaksikan kes kematian akibat COVID-19 bagi lima hari pertama bulan Februari sejumlah 85 kes, manakala jumlah keseluruhan kes kematian akibat pandemik itu kini 845 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada keseluruhan kes baharu yang dicatatkan, 3,387 kes melibatkan warga tempatan manakala empat lagi kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes akibat wabak itu kini 234,874.

“Jumlah kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) pula mencecah 310, dengan 134 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 48,751 kes,” menurutnya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, semalam.

Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,228 kes (36.2 peratus), diikuti Johor iaitu 598 kes (17.6 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 395 kes (11.6 peratus).

Sementara itu Sabah mencatat 196 kes; Negeri Sembilan (116); Pulau Pinang (149); Perak (92); Sarawak (178); Melaka (141); Kedah (91); Kelantan (58); Pahang (51); Terengganu (84); Labuan (tujuh); Putrajaya (enam) dan satu di Perlis.

Memperincikan jumlah kematian baharu, Dr Noor Hisham berkata 17 daripada 19 kematian direkodkan melibatkan warganegara dan dua kes adalah warga asing. Tujuh kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, lima di Sabah, masing-masing tiga kematian di Selangor dan Sarawak serta satu kes di Perak.

Dalam pada itu, sebanyak 3,392 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya daripada wabak itu kini 185,278.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda