Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Khabar Gembira Buat Peniaga

By 8 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan membenarkan kedai cuci kereta, kedai gunting rambut serta pasar malam beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan selepas mengambil kira keperluan rakyat.

Menurut pengusaha sebuah pusat mencuci kereta Aziz Marmin, 53, beliau gembira dengan keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan mencuci kereta beroperasi semula.

“Dengan pembukaan semula perniagaan ini dapatlah saya membantu golongan yang tidak mempunyai pekerjaan dan terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan mengambil mereka sebagai pekerja sambilan.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang diberikan kepada para peniaga seperti pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) sehingga RM10,000 dengan kadar faedah 0% yang secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat wabak ini,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, di sini semalam.

Aziz Marmin menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan mencuci kereta beroperasi.

Aziz Marmin menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan mencuci kereta beroperasi.

Pengusaha kedai gunting rambut, Abdul Manaf Ali, 60, bersyukur atas keprihatinan kerajaan mendengar pandangan dan rintihan para peniaga.

“Saya berasa gembira kerajaan membenarkan sektor perniagaan gunting rambut beroperasi semula dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya telah memohon pinjaman TEKUN sebanyak dua kali dan kedua-duanya telah diluluskan yang mana tanpa bantuan ini pasti perniagaan saya tidak akan dapat bertahan sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Saya telah memohon pinjaman Tekun sebanyak dua kali dan kedua-duanya telah diluluskan yang mana tanpa bantuan ini pasti perniagaan saya tidak akan dapat bertahan sehingga ke hari ini - Abdul Manaf

Saya telah memohon pinjaman Tekun sebanyak dua kali dan kedua-duanya telah diluluskan yang mana tanpa bantuan ini pasti perniagaan saya tidak akan dapat bertahan sehingga ke hari ini – Abdul Manaf

Tambah beliau, kerajaan sentiasa peka dengan keperluan rakyat dan memberi bantuan kepada para peniaga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Seorang penjaja makanan, Rohana Mohamad, 53, yang ditemui melahirkan rasa syukur atas keputusan kerajaan membenarkan pasar malam kembali beroperasi di mana waktu perniagaan turut dilanjutkan sehingga pukul 10.00 malam.

“Saya bukanlah peniaga pasar malam, saya menjual nasi berlauk bagi menambah pendapatan keluarga.

“Alhamdulillah peniagaan saya mendapat sambutan yang menggalakkan,” ujarnya.

Rohana menjual nasi berlauk bagi menambah pendapatan keluarga.

Rohana menjual nasi berlauk bagi menambah pendapatan keluarga.

Rohana berhasrat untuk mendaftar sebagai peniaga pasar malam memandangkan permintaan yang agak tinggi untuk perniagaan makanan pada waktu petang yang secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya.

“Walaupun saya berasa risau dengan situasi sekarang namun saya percaya dengan mengamalkan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan mampu memutuskan rantaian COVID-19,” katanya lagi.

 

-NI-

Tinggalkan komen anda