Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

KPDNHEP Boleh Kuatkuasa Akta 342 Didik Pemilik Premis Patuhi Peraturan

By 17 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengenakan kompaun berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kepada peniaga dan pemilik premis yang didapati gagal mengikut peraturan dan tidak patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Port Dickson/Rembau Norehan Rosli, pihaknya diberi kuasa untuk mengenakan kompaun berdasarkan pekeliling yang diberikan oleh pihak Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Selain daripada pemantauan harga barangan kawalan, KPDNHEP boleh bertindak mengenakan kompaun kepada peniaga atau pemilik premis jika didapati mereka gagal mematuhi ketetapan SOP yang dibuat oleh MKN.

“Walaubagaimanapun, kami tidak mengenakan kompaun kepada orang awam dan arahan tersebut telah berkuatkuasa bermula4 Disember 2020 yang lalu,” katanya ketika membuat tinjauan bersepadu bersama Pejabat Penerangan, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pasar Tani Rembau, di sini kelmarin.

Menurut seorang peniaga pasar tani Faizal Hamid, beliau faham dengan jelas akan pematuhan SOP ketika berniaga dan juga Proklamasi Darurat, namun sebagai peniaga sememangnya menjadi kerisauan kerana pelanggan makin berkurang dan pendapatan semakin tidak menentu.

“Pemakluman dan penerangan tentang kompaun daripada pihak KPDNHEP juga diambil serius kerana kami faham tinjauan sebegini adalah untuk kebaikan semua,” ujarnya.

-AK

Tinggalkan komen anda