Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Saluran Khusus TV Pendidikan, DidikTV KPM Dilancarkan

By 17 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: TV3

PUTRAJAYA, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara teresterial, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Saluran itu yang kali pertama diperkenalkan, mula bersiaran hari ini, menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI, bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Ia merupakan antara usaha berterusan Kementerian Pendidikan, untuk meningkatkan akses pendidikan seluruh negara.

Muhyiddin dalam ucapan perasmiannya berkata, DidikTV KPM akan menyiarkan program-program yang berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, selain berita mengenai dunia pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga Tingkatan 6, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.

Selain itu katanya, kandungan pembelajaran sepanjang hayat yang memberi fokus kepada nilai-nilai murni dan pembangunan karakter murid akan turut disiarkan.

“Saya yakin bahawa DidikTV KPM akan dapat membantu pelaksanaan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah), khususnya bagi murid yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan secara dalam talian. Ibu bapa juga boleh meluangkan masa untuk menonton DidikTV KPM bersama-sama anak-anak,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda