Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kurang Pematuhan SOP Punca Kes COVID-19 Meningkat

By 24 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan/Nur Fariza Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA 24 Feb (Malaysiaaktif)– Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat punca utama penularan serta peningkatan kes COVID-19 secara mendadak baru-baru ini.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman, berkata walaupun Melaka sudah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun pematuhan SOP yang ketat perlu dipatuhi oleh setiap rakyat.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa perbuatan ingkar dan melanggar SOP yang telah ditetapkan merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Niaga Bukit Baru, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, hebahan Info on Wheels (IoW) oleh JaPen Melaka berkaitan pematuhan SOP dan pelaksanaan PKPB akan terus dipergiatkan bagi memastikan masyarakat faham dan mengamalkan budaya norma baharu dalam kehidupan seharian mereka.

~RJ~

Tinggalkan komen anda