Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Remaja Maut Ditikam Abang Ipar, Sembilan Individu Ditahan

By 10 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)/IPD Gombak

GOMBAK, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Polis menahan sembilan individu susulan kejadian seorang remaja lelaki maut dipercayai ditikam abang iparnya dalam kejadian di Pinggiran Batu Caves, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata siasatan awal kejadian berlaku di tempat letak kereta selepas berlaku pertengkaran antara abang ipar dengan isteri serta keluarga mangsa.

“Ianya berpunca keengganan isteri suspek untuk tinggal bersama-sama disebabkan kurang selesa kerana rumah suaminya turut dihuni oleh adik beradik suspek yang lain.

“Berlaku pertengkaran mulut, provokasi dan pergelutan antara suspek dan mangsa selepas mangsa tidak berpuas hati dengan suspek yang mengeluarkan perkataan tidak baik kepada emak mangsa,”

“Susulan itu empat lelaki dan lima wanita berumur 25 hingga 72 tahun ditahan sekitar Batu Caves bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian sekitar pukul 7.40 malam menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah kesan tikaman di bahagian bawah dada akibat pergelutan dan dibawa ke Hospital Selayang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam pada hari kejadian dan mayatnya dihantar ke Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Motif kejadian disyaki kerana mangsa mencampuri urusan dan masalah rumah tangga suspek dan isterinya,” katanya.

Arifai berkata, semua suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai Isnin (semalam) hingga 14 Februari untuk siasatan lanjut.

“Sebilah pisau lipat berukuran 17 sentimeter berjaya ditemui di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan di dalam kejadian tersebut.

-NAZ

Tinggalkan komen anda