
Laporan/foto: Nur Syafiq Kamaruzzaman/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)
TAMPIN, 27 Feb (Malaysiaaktif) ā Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) mewujudkan programĀ Drive-Thru Sentuhan Kasih dalam membantu golongan Asnaf yang memerlukan bantuan semasa pandemik COVID-19 di negeriĀ ini.
Menurut Ketua Jabatan Komuniti YAPEIM Zuridah Mahat, program ini sebenarnya sudah bermula sejak tiga tahun yang lalu dan program itu dinamakan Program Foodbank YaPEIM 2.0 ‘Inspirasi Qaseh Kami’.
“Program ini masih lagi berlangsung tetapi pihak YADIEM telah mengubahkan kaedah yang paling terbaik dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu dengan secara pandu lalu.
“kami telah mengedarkanĀ sebanyak 150 bungkusan daging kepada kumpulan asnaf danĀ 100 bungkusan daging kepada orang awam di daerah ini secara pandu lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Tampin,” katanya yang ditemui semasa edaran bantuan, di sini kelmarin.
Menurut Zuraidah, sumber sumbangan ini daripada Tabung Amanah YAPEIM melalui Skim Potongan Gaji Yapeim.
“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kepada golongan yang memerlukan dan berharap program ini dapat meneroka kerjasama untuk program yang lain pada masa akan datang,ā katanya.
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Trafik Daerah Tampin juga hadir membantu membuat sekatan dalam membantu mengedarkan kupon Wakaf Daging dan mengambil maklum balas daripada orang awam.
-FF