
Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Nor Fakhruddin Rashid (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memberi tumpuan kepada lima perkara utama tahun ini untuk dilaksanakan dengan menitik beratkan kepentingan pembangunan dunia digital negara secara menyeluruh.
Menterinya,Ā Datuk Saifuddin Abdullah, berkata inisiatif ini adalah berpandukan kepada matlamat baharu kementerian iaitu ‘memacu kecendekiaan dalam masyarakat’.
“Terdapat lima tumpuan utama tahun ini, antaranya dengan mempercepatkan pelaksanaan teknologi generasi kelima (5G)Ā .
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memberi tumpuan dalam menjayakan pelaksanaan 5G yang akan menyempurnakan kesalinghubungan internet ke seluruh negara dan menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi digital yang lebih rancak,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Buku Menghormati Lambang-lambang Kebesaran Negara dan Kad Laporan Setahun KKMM (Mac 2020 ā Mac 2021), di siniĀ semalam.
Menurut Saifuddin, pemerkasaan teknologi keselamatan siber (SiberKasa) turut akan diberi tumpuan yang meliputi tiga komponen utama iaitu manusia, proses dan teknologi.
“Siber Sekuriti Malaysia (CSM) sebagai agensi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, akan meluaskan penglibatannya di peringkat ASEAN dan antarabangsa dan pada masa sama, pihak kementerian turut sedang melengkapkan dasar dan draf Akta Antibuli Siber.
“Selain itu, kementerian akan meneruskan kerja-kerja pembinaan kapasiti masyarakat dan membangun produk-produk ekonomi digital tempatan dengan pihakĀ Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) danĀ Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan bekerjasama dalam menarik lebih banyak pelaburan asing dalam ekonomi digital,” katanya.
Saifuddin berkata, kementeriannya turut akan melaksanakan inisiatif pengantarabangsaan industri kreatif Malaysia dan transformasiĀ Radio Televisyen Malaysia (
-RI