Skip to main content
Berita TempatanSabah

Heni Hamidah Dilantik Konsul RI di Tawau

By 17 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Volintine Jiloh(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU 17 Mac (Malaysiaaktif) – Heni Hamidah dilantik sebagai Konsul Republik Indonesia (RI) di Tawau yang baharu berkuatkuasa 22 Februari yang lalu.

Heni memaklumkan demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, bagi menyerahkan Surat Tauliah daripada Presiden Republik Indonesia sebagai Konsul RI Tawau yang baharu di Istana Negeri, di sini kelmarin.

Pada kunjungan rasmi tersebut Heni turut memaklumkan Tun Juhar mengenai pertukaran ibu negara RI Indonesia ke Kalimantan yang dijangka akan meningkatkan peluang kerjasama dua negara dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

“Perpindahan tersebut sedang dipersiapkan namun tertunda disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda kedua negara dan berharap situasi getir ini akan segera berakhir agar proses perpindahan ini akan dapat segera dilaksanakan,” ujarnya.

Heni (kiri) bertukar-tukar pandangan bersama Tun Juhar (kanan).

Heni (kiri) bertukar-tukar pandangan bersama Tun Juhar (kanan).

Dalam pada itu, Heni turut memaklumkan mengenai kerjasama ‘People to People Contact‘ yang menjurus kepada aspek pekerja Indonesia yang ramai berkerja di Sabah.

“Sejumlah 172 ribu warganegara Indonesia direkodkan sedang berkerja di Sabah ketika ini yang mana kebanyakkan mereka bekerja dalam sektor perladangan.

“Dengan jumlah tersebut pekerja-pekerja warganegara Indonesia ini tentunya akan turut memberikan sumbangan ekonomi kepada ke dua belah pihak,” jelas Heni.

-RI

Tinggalkan komen anda