Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ahli Majlis MPJ Pemudahcara Masyarakat Bersama PBT

By 1 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastika Hablum (Jasin)

JASIN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang diketuai oleh Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan di hadapan Yang Dipertua MPJ Datin Sapiah Haron telah berlangsung di Vista Alamanda, di sini baru-baru ini.

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Jasin.

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Jasin.

Ketika majlis tersebut, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Datuk Seri Ghafaar Atan, mengingatkan Ahli Majlis seramai 24 orang yang dilantik supaya sentiasa memberikan sepenuh komitmen terhadap tugasan selain peka terhadap hal ehwal kerajaan tempatan serta prihatin terhadap permasalahan masyarakat setempat dan seterusnya menyalurkan aduan awam kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) .

“Saya berharap agar Ahli Majlis terus mengekalkan sikap yang proaktif dan bijaksana agar dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Jasin supaya masalah rakyat dapat diselesaikan dengan lebih baik,” ujar beliau.

Ahli Majlis MPJ, Razani Seman yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Asahan berkata peranan Ahli Majlis adalah memberikan kemudahan kepada rakyat untuk menyalurkan aduan awam serta merealisasikan dan memenuhi kehendak masyarakat setempat selaras dengan kehendak semasa secara sistematik dan terbaik dari PBT.

~RJ~

Tinggalkan komen anda