Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)/FB Ahmad Hamzah
MELAKA, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Peruntukan sebanyak RM21.18 juta Jabatan Pertanian memberi manfaat kepada 27,524 individu dan 1,046 komuniti seluruh negara dan seramai 3,151 individu dan 130 komuniti dari Melaka akan menerima insentif Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Ahmad Hamzah, berkata kerajaan memandang serius akan kecukupan bekalan makanan serta penjanaan pendapatan dan justeru itu, program PENJANA diperkenalkan bagi menangani isu kekurangan tanah untuk pertanian dimana kini rakyat berupaya untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian dengan menggunakan ruang sedia ada bagi pengeluaran makanan serta menjana pendapatan tambahan khususnya rakyat Negeri Melaka.
“Perkara ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi iaitu ke arah peningkatan pendapatan dan pengurangan kos sara hidup menerusi pelbagai pakej dan teknologi pertanian bandar sesuai mengikut tempat dan keadaan komuniti tersebut.
“Penerima akan menerima sumbangan in-kind (seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan lain-lain) bernilai RM500 (maksimum) bagi penerima individu dan RM50,000 (maksimum) bagi setiap komuniti dan harapan saya adalah supaya semua penerima akan segera menggunakan alatan yang telah diberikan,” ujarnya ketika merasmikn PENJANA Komuniti dan Individu bertempat di Seri Chendana Merlimau, di sini baru-baru ini.
PENJANA merupakan salah satu program Jabatan Pertanian untuk menyampaikan hasrat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memberi pendedahan kepada komuniti pertanian bandar yang akan memberikan impak yang besar kepada industri pengeluaran makanan sekiranya program ini disahut dengan baik dan berkomitmen tinggi
~RJ~