Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JaPen KK Giat Promosi Daftar Vaksinasi COVID-19

By 27 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Len/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan (JaPen) Daerah Kota Kinabalu giat melaksanakan program mempromosi kesedaran terhadap pentingnya mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 kepada warga Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Hasmawati Karodda, setakat ini sebanyak lima program Info on Wheels (IoW) sekitar bandaraya Kota Kinabalu telah dilaksanakan semenjak awal Februari yang lalu.

Salah seorang anggota Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu memeriksa alat pembesar suara untuk hebahan umum IOW.

Salah seorang anggota Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu memeriksa alat pembesar suara untuk hebahan umum IoW.

“Usaha ini dilaksanakan bagi membantu pihak KKM mencapai sasaran pendaftaran vaksinasi kepada tahap 80 peratus daripada populasi penduduk bandaraya Kota Kinabalu yang berjumlah 421, 600 orang (berumur 18 tahun ke atas) menjelang akhir tahun ini.

Hasmawati (kiri) membantu salah seorang warga Kota Kinabalu untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera di Pasar Besar Kota Kinabalu.

Hasmawati (kiri) membantu salah seorang warga Kota Kinabalu untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera di Pasar Besar Kota Kinabalu.

“Kita menyeru kepada seluruh masyarakat agar memberikan kerjasama dan segera menyahut seruan kerajaan melakukan pendaftaran menerusi mana-mana kaedah iaitu aplikasi mobile MySejahtera, laman web vaksincovid.gov.my ataupun talian bebas tol 1800-888-828.

“Setakat ini pendaftaran vaksinasi bagi negeri Sabah adalah kurang daripada 10 peratus dan di antara yang terendah jika dibandingkan negeri-negeri lain di Malaysia,” ujarnya yang ditemui di pejabatnya di Wisma Dang Bandang, di sini semalam.

Hasmawati turut berharap program pendaftaran vaksinasi menjadi tumpuan utama dalam setiap IoW di samping beberapa pengisian seperti edaran bahan penerbitan selain hebahan umum dasar kerajaan dan pembudayaan norma baharu yang dilaksanakan setiap hari,” katanya.

Salah seorang warga bandaraya Kota Kinabalu yang telah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Salah seorang warga bandaraya Kota Kinabalu yang telah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

-RI

Tinggalkan komen anda