Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Satu Kes Perjudian Selesai, 13 Lagi dalam Siasatan

By 27 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

PAPAR, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi suku pertama tahun 2021, Ibu Pejabat Polis (IPD) Papar berjaya menyelesaikan satu kes sendikit perjudian, sementara 13 lagi masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintenden Batholomew Umpit, berkata daripada 14 kertas siasatan perjudian yang dibuka, satu kertas siasatan selesai dituduh di mahkamah apabila pihaknya berjaya menahan 17 warga tempatan termasuk seorang wanita di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4A(a) akta sama.

“Mereka yang ditahan berumur antara 19 hingga 55 tahun, kebanyakannya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan barang yang dirampas berupa 13 unit telefon bimbit pelbagai jenis dan jenama serta wang tunai RM2,261 dipercayai hasil kegiatan berkenaan.

“Seksyen yang kita tuduh di mahkamah ialah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 mengenai operasi rumah perjudian terbuka, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun bagi setiap mesin yang dirampas,” katanya dalam sidang media selepas program Sambutan Hari Polis ke-214 di perkarangan IPD Papar, di sini baru-baru ini.

Menurut Batholomew, selain itu Seksyen 4(a) akta sama berkait loteri awam, jika sabit kesalahan akan didenda tidak kurang dari RM20,000 dan tidak lebih dari RM200,000 dan dikenakan hukuman penjara selama tidak melebihi lima tahun.

“Bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, mereka dituduh di bawah Seksyen 4B(a) tentang mesin judi, jika sabit kesalahan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin.

“Juga, Seksyen 7(2) akta sama iaitu berjudi, jika sabit kesalahan akan didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” dedahnya.

TABIK..Batholomew (tengah) ketika menerima menerima tabik daripada pegawai baris.

TABIK..Batholomew (tengah) ketika menerima menerima tabik daripada pegawai baris.

Pada majlis itu, seramai 45 orang termasuk warga IPD Papar menerima surat penghargaan daripada Batholomew atas kecemerlangan tugas masing-masing serta orang awam dan petugas media yang menyumbang bakti terhadap usaha pencegahan jenayah di daerah terbabit.

PENGHARGAAN...Batholomew menyampaikan sijil penghargaan sempena Hari Polis ke-214 kepada salah seorang penerima.

PENGHARGAAN…Batholomew menyampaikan sijil penghargaan sempena Hari Polis ke-214 kepada salah seorang penerima.

-RI

Tinggalkan komen anda