Skip to main content
Berita TempatanSabah

Masyarakat Mula Menerima Vaksin COVID-19 – Hajiji

By 18 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siscalistorina Janius/Merusin Minuddin(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat di negeri ini sudah mula menerima vaksin COVID-19 yang disediakan oleh kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, berkata sebahagian besar masyarakat Sabah telah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

“Saya yakin rakyat Sabah dalam proses untuk mendaftar sebagai penerima vaksin secara percuma yang disediakan.

“Suntikan vaksin ini bertujuan mengawal jangkitan COVID-19 daripada terus merebak.

“Pemberian vaksin ini merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022,” ujar beliau.

Dalam memastikan semua rakyat Sabah mendapat vaksin berkenaan, Hajiji memaklumkan kerajaan negeri akan membeli bekalan vaksin sekiranya tidak mencukupi.

“Kerajaan negeri akan membeli bekalan vaksin khasnya bagi rakyat Sabah sekiranya tidak mencukupi, namun saya yakin bekalan vaksin dari kerajaan persekutuan adalah mencukupi,” jelasnya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya di Dewan Masyarakat Sembulan, di sini semalam.

Warga emas, Meran Dullah, 61 antara magsa kebakaran yang menerima bantuan kerajaan negeri Sabah.

Warga emas, Meran Dullah, 61 antara magsa kebakaran yang menerima bantuan kerajaan negeri Sabah.

Hadir mengiringi beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip.

Pada majlis itu, seramai 65 ketua isi rumah menerima bantuan berupa wang tunai RM500 dan bakul makanan.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9 malam 11 Mac yang lalu, memusnahkan 65 buah rumah melibatkan mangsa seramai 374 orang.

-RI

Tinggalkan komen anda