Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pemimpin Masyarakat Diseru Bantu Pelan Imunisasi COVID-19

By 22 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Pegawai Daerah Setiu Rosli Latif, menyeru pemimpin masyarakat di daerah ini membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan Pelan Imunisasi COVID-19 agar negara dapat membendung penularan wabak yang telah menganggu kesejahteraan kehidupan masyarakat global secara amnya.

Rosli berkata pemimpin masyarakat perlu menjelaskan kepada masyarakat kampung bahawa kepentingan pelan imunisasi tersebut kepada masyarakat dalam memastikan kehidupan normal seperti sediakala dapat dikecapi dengan memastikan setiap golongan masyarakat yang disasarkan mengambil suntikan imunisasi tersebut.

Pegawai Daerah Setiu, Rosli ketika berucap dalam Program Norma Baharu dan Kepentingan Suntikan Vaksin COVID-19.

Rosli ketika berucap dalam Program Norma Baharu dan Kepentingan Suntikan Vaksin COVID-19.

“Bayangkan sekiranya satu keluarga dikuarantin disebabkan jangkitan COVID-19, maka ia akan menyukarkan ketua keluarga tersebut mencari rezeki serta menyukarkan ahli-ahli keluarga yang dikuarantin untuk berkomunikasi dengan ahli masyarakat yang lain.

“Justeru, wabak COVID-19 ini benar-benar memberikan impak yang begitu besar kepada masyarakat dari segi ekonomi dan sosial sekiranya ia gagal dibendung,” katanya yang ditemui sempena Program Norma Baharu dan Kepentingan Suntikan Vaksin COVID-19 di Dewan Serbaguna MDS Sungai Tarom, di sini semalam.

Penyampaian Kit Cegah COVID-19 kepada pemimpin masyarakat dan ketua jabatan kerajaan Daerah Setiu.

Penyampaian Kit Cegah COVID-19 kepada pemimpin masyarakat dan ketua jabatan kerajaan Daerah Setiu.

Menurut Rosli, pemimpin masyarakat juga perlu turun padang bagi menjelaskan kepentingan vaksin serta mengalakkan masyarakat di daerah ini untuk mendaftar dalam Pelan Imunisasi COVID-19 secara dalam talian mahupun secara bersemuka di klinik-klinik kesihatan di daerah ini.

“Masyarakat tidak perlu gusar dan takut disuntik vaksin COVID-19 kerana vaksin yang diterima oleh negara kita telahpun diuji oleh pakar-pakar perubatan negara dan ianya selamat digunakan.

Antara pemimpin masyarakat dan ketua jabatan kerajaan Daerah Setiu yang hadir.

Antara pemimpin masyarakat dan ketua jabatan kerajaan Daerah Setiu yang hadir.

“Pemimpin masyarakat di kampung-kampung diharapkan dapat mengawal selia jumlah penduduk yang layak disuntik vaksin COVID-19 agar mereka dapat mendaftar secara manual serta dikumpulkan agar Pejabat Daerah Setiu dapat membantu untuk mendaftarkan permohonan tersebut secara talian bagi memudahkan masyarakat kampung yang kurang faham mahupun yang tidak mempunyai Aplikasi MySejahtera,” katanya.

Turut diadakan dalam program tersebut taklimat mengenai Pelan Imunisasi COVID-19 oleh Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr. Mohd Hanief Ahmad.

Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr. Mohd Hanief Ahmad telah memberikan taklimat mengenai Pelan Imunisasi COVID-19.

Dr. Mohd Hanief (kiri) memberikan taklimat mengenai Pelan Imunisasi COVID-19.

-ii-

Tinggalkan komen anda