Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Hebatkan Hebahan Norma Baharu di Kawasan Pelancongan

By 22 Mac 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

BESUT, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu akan memperhebatkan kempen pembudayaan norma baharu terutama di kawasan tumpuan pelancong di negeri ini.

Pengarah JaPen Negeri Terengganu Ahmad Ammar Othman, berkata kawasan pelancongan seperti pulau-pulau peranginan dan Tasik Kenyir dijangka menerima limpahan pelancong tempatan dan luar negeri ini selepas pihak berkuasa membenarkan akitiviti rentas negeri.

“Adalah menjadi tanggungjawab JaPen negeri untuk turun padang dan berjumpa dengan komuniti terutama mereka yang terbabit dengan industri pelancongan agar rantaian pandemik COVID-19 dapat diputuskan.

Ahmad Ammar (berbaju biru) dan petugas menunjukkan `placardā€™ kempen pembudayaan norma baharu di Pulau Perhentian.

Ahmad Ammar (berbaju biru) dan petugas menunjukkanĀ pelekat kempen pembudayaan norma baharu di Pulau Perhentian.

“Kawasan tumpuan pelancong terutama pulau-pulau sentiasa menarik pengunjung dari luar dan risiko penularan pandemik itu tinggi dan sehubungan itu, adalah amat penting bagi penduduk setempat mendapat maklumat tepat mengenai pembudayaan norma baharu,” katanya pada program Komunikasi Tindakan Setempat (KomTiS): Pembudayaan Norma Baharu di Pulau Perhentian, di sini semalam.

Program sehari itu diadakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pejabat Daerah Besut dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Perhentian.

Tiga nelayan Pulau Perhentian menunjukkan `placardā€™ kempen pembudayaan norma baharu.

Tiga nelayan Pulau Perhentian menunjukkanĀ pelekatĀ kempen pembudayaan norma baharu.

Pada program itu, JaPen Negeri Terengganu mengedarkan risalah berkaitan norma baharu, keperluan menerima vaksin COVID -19, proklamasi darurat dan inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Menurut Ammar, JaPen Negeri Terengganu dengan kerjasama penduduk tempatan menggantung kain rentang di seluruh kawasan pulau dan melekatkan Kod QR bahan terbitan JaPen di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan maklumat dapat disebarluaskan.

Penduduk tempatan membantu menggantung kain rentang kempen pembudayaan norma baharu di Pulau Pehentian.

Penduduk tempatan membantu menggantung kain rentang kempen pembudayaan norma baharu di Pulau Pehentian.

“Dalam keadaan negara yang masih berada dalam suasana pandemik, masyarakat perlu berhati-hati dalam urusan seharian terutama mereka yang berurusan dengan individu dari luar negeri ini bagi memastikan pandemik ini tidak menular di kalangan komuniti setempat,” katanya.

Sementara itu, Wakil Pengarah MKN Negeri Terengganu Hazli Hisham Abdullah, berkata kerjasama antara MKN dengan JaPen Negeri Terengganu adalah kolaborasi antara dua agensi kerajaan bagi memastikan masyarakat terutama di kawasan luar bandar mendapat maklumat yang tepat dan sahih mengenai usaha kerajaan mengekang penularan pandemik COVID- 19.

Wakil Pengarah MKN Negeri Terengganu, Hazli Hisham Abdullah.

Wakil Pengarah MKN Negeri Terengganu, Hazli Hisham Abdullah.

Katanya, matlamat utama program adalah memberi kesedaran kepada penduduk tempatan kepentingan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) kerana kehadiran pelancong merisikokan mereka dengan jangkitan wabak itu.

“Kita tidak mahu selepas akitiviti pelancongan dibuka, Pulau Perhentian menjadi pusat kurantin COVID-19 dan akhirnya, kita semua yang rugi,”katanya.

Pengerusi JPKK Pulau Perhentian Zakuan Mat Nasir, berkata pihaknya sudah bersedia menerima kunjungan pelancong dengan amalan norma baharu.

Pengerusi JPKK Pulau Perhentian, Zakuan Mat Nasir.

Pengerusi JPKK Pulau Perhentian, Zakuan Mat Nasir.

“Kerjasama JaPen Negeri Terengganu dan MKN Negeri Terengganu memudahkan lagi penduduk kampung dan mereka yang terbabit dengan industri pelancongan untuk mengamalkan norma baharu secara betul.

-ii-

Tinggalkan komen anda