Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Peniaga Lega Bantuan PEMERKASA Pulih Perniagaan

By 23 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Majoriti usahawan mikro serta perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) boleh menarik nafas lega apabila permohoran baharu untuk Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021 akan datang.

Rabu lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), usahawan yang layak akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM1,000 menerusi Geran Khas Perihatin 3.0.

Sementara itu, menurut peniaga menjual minuman air tebu, Siti Nor Aishah Deraman, 33, beliau bersyukur kerana dengan adanya bantuan berkenaan, membolehkannya membuat pusingan modal perniagaan ketika ini.

“Sebelum ini operasi gerai saya terpaksa ditutup kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyebabkan saya mengalami kerugian yang agak teruk dan pengumuman bantuan berkenaan ibarat ‘bulan jatuh ke riba’ kepada para peniaga kecil seperti kami ini.

“Bantuan ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memikirkan kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan usahawan kecil yang sentiasa menghadapi cabaran getir yang terkesan kerana pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui di gerainya, di sini semalam.

Siti Nor Aishah Deraman, 33, sangat bersyukur kerajaan perihatin terhadap usahawan kecil di negara ini.

Nor Aishah bersyukur kerajaan perihatin terhadap usahawan kecil di negara ini.

Sementara itu, Riduan Baru, 34, yang ketika ini menjalankan peniagaan pisang goreng di pasar malam di daerah ini, berkata pendapatan seharian beliau terkesan kerana pandemik COVID-19.

“Bantuan Pemerkasa yang disediakan oleh kerajaan dapatlah digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga kami untuk membeli keperluan asas seperti makanan dan susu untuk anak,” katanya.

Riduan Baru,34, berkata bantuan kewangan yang diberikan berkenaan akan digunakan sebaik mungkin untuk perniagaannya ketika ini.

Riduan Baru,34, berkata bantuan kewangan yang diberikan berkenaan akan digunakan sebaik mungkin untuk perniagaannya ketika ini.

Turut berkongsi perasaan yang sama adalah penjaja kecil, Mastura Abdul Hamid, 40, berkata beliau bersyukur kerana perniagaannya boleh beroperasi semula seperti sediakala dengan adanya bantuan kewangan tersebut.

“Beberapa inisiatif lain bawah pakej itu termasuk penangguhan pelbagai pembayaran ansuran bulanan seperti pembayaran sewa, pinjaman, insurans dan sebagainya itu membolehkannya menarik nafas lega.

Mastura Abdul Hamid, 40, mengharapkan bantuan secara berterusan diberikan di masa akan kepada para peniaga kecil sepertinya.

Mastura mengharapkan bantuan secara berterusan diberikan di masa akan kepada para peniaga kecil sepertinya.

“Alhamdulillah, gerai kami berjualan seperti biasa dan menerima ramai pelanggan mungkin disebabkan tidak banyak kedai yang dibuka ketika ini,” katanya.

Pelaksanaan Pakej Pemerkasa ini membabitkan peruntukan sebanyak RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan adalah berjumlah RM11 bilion.

-ii

Tinggalkan komen anda