Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Rakyat Diseru Daftar Terima Suntikan Vaksin COVID-19

By 24 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

BATU KURAU, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Rakyat di negara ini diseru mendaftarkan diri bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama Dr Ahmad Afiq Abd Malik, berkata pemberian vaksin kini menghampiri penghujung Fasa 1 sebelum menghadapi Fasa 2 yang akan bermula tidak lama lagi.

“Saya berharap agar semua dapat mendaftar dalam program imunisasi ini supaya usaha untuk menamatkan pandemik COVID-19 berjaya.

“Terdapat tiga kaedah pendaftaran suntikan vaksin ini di mana kaedah pertama adalah secara dalam talian iaitu melalui aplikasi MySejahtera yang mana kita juga boleh boleh membuat pendaftaran bagi pihak keluarga di bawah tanggungan kita yang tidak mempunyai aplikasi ini.

“Kaedah kedua dengan cara melayari laman sesawang www.vaksincovid.gov.my manakala kaedah ketiga (pendaftaran secara manual)  iaitu menghubungi talian hotline COVID-19 di talian 1-800-888-828 serta hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya ketika memberi taklimat sempena Program Info on Wheels (IoW) Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi Vaksin COVID-19 di Dewan Serbaguna PUSPEN, di sini semalam.

Turut terlibat dalam program ini adalah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Batu Kurau.

~RJ~

Tinggalkan komen anda