Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Catat Pemberian Vaksin Tertinggi Fasa Pertama

By 25 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim (Petaling)

SHAH ALAM, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Negeri Selangor menjadi negeri tertinggi direkodkan dalam pemberian vaksin fasa pertama di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata Selangor merupakan negeri tertinggi dalam pemberian vaksin bagi fasa pertama dan hampir selesai bagi dos yang pertama.

“Selangor juga antara negeri yang tertertinggi dari segi pendaftaran untuk populasi sasaran imunisasi vaksin COVID-19.

“Jika kita lihat nisbah pendaftaran kepada populasi sasaran di peringkat kebangsaan adalah 26.9 peratus, namun di Selangor nisbah pendaftaran kepada populasi sasaran telah mencatat 38.5 peratus.

“Ini menunjukkan kesedaran penduduk di Negeri Selangor sangat tinggi dalam perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dipengerusikan bersama Menteri Besar Selangor.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Selangor akan mempertingkatkan strategi pendaftaran bersemuka melalui program ‘Imunisel’ antara kerajaan negeri dibantu oleh badan bukan kerajaan (NGO)

“Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi yang lain akan pergi rumah ke rumah dan membuka kaunter pendaftaran di kawasan tumpuan orang ramai bagi menggalakkan dan memudahkan penduduk di negeri ini.

“Pusat pemberian vaksin bagi fasa kedua dan ketiga juga akan ditambah agar kadar pemberian vaksin dapat ditingkatkan.

“Apabila kita menerima lebih banyak dos vaksin dari luar negara, maka kita perlu tingkatkan kadar pemberian vaksin ini,” katanya.

Amirudin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Khairy Jamaluddin.

Amirudin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Khairy Jamaluddin.

-RI

Tinggalkan komen anda