Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dapur Rakyat Prihatin Bantu Golongan Terjejas Wabak COVID-19

By 19 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marina Hila Idris/Muhd Syafik Sidek (Klang)

KLANG, 19 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan terus berusaha membela golongan rakyat yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan akibat wabak COVID-19 melalui program-program bersama rakyat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata selama setahun kerajaan telah memberikan pelbagai khidmat sokongan dan bantuan kepada semua rakyat tanpa mengira status.

“Perkara pertama yang saya lakukan sebagai Menteri KPWKM untuk membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19 ialah menyalurkan bantuan bakul makanan.

“Kerajaan telah berjaya mengagihkan satu juta bakul makanan kepada golongan yang terkesan di seluruh negara dan ia telah memberi manfaat kepada empat juta orang.

“Kerajaan amat prihatin mengenangkan ramai antara rakyat tiada makanan untuk dihidangkan di atas meja dan ada juga yang tidak dapat menghidangkan makanan yang sempurna seperti dahulu,” katanya semasa menghadiri Program Dapur Rakyat Prihatin di Sungai Udang, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kerajaan amat menitik berat kebajikan semua golongan rakyat selari dengan usaha memerangi COVID-19.

Katanya, beliau berharap melalui program seumpama ini tiada rakyat yang tertinggal daripada mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Petugas bersedia mengagihkan pek bantuan Dapur Rakyat Prihatin.

Petugas bersedia mengagihkan pek bantuan Dapur Rakyat Prihatin.

Sementara itu, seorang penerima bantuan Rahmah Jaafar, 70, melahirkan rasa syukur kerana terpilih untuk menerima bantuan Dapur Prihatin Rakyat kali ini.

“Semua keperluan khas saya seperti susu dan lampin pakai buang meningkatkan perbelanjaan bulanan saya.

“Melalui Bantuan Orang Tua yang telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 sebulan dapatlah menampung sedikit perbelanjaan saya.

“Saya berasa gembira dapat berjumpa Datuk Seri Rina Harun secara bersemuka hari ini kerana beliau telah banyak memberikan bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya dengan wajah ceria.

Dalam program berkenaan, pek barangan keperluan asas, bekalan ayam mentah dan sayur-sayuran telah diagihkan kepada golongan B40 serta hilang pekerjaan dan punca pendapatan akibat wabak COVID-19.

Program tersebut melibatkan 1,000 orang penerima bantuan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru, Sementa dan Selat Klang.

-RI

Tinggalkan komen anda