Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Dua Mayat Ditemui Dalam Satu Hari

By 1 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/IPD Labuan

LABUAN, 1 April (Malaysiaaktif) – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan menerima maklumat mengenai penemuan dua mayat dalam masa sehari.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd. Ibrahim Mohd Ghani, pihaknya menerima satu maklumat lebih kurang 9.45 pagi daripada orang awam berkenaan penemuan sekujur mayat terdampar di pesisir Pulau Rusukan Besar, semalam.

“Pasukan polis yang menjalankan siasatan ditempat kejadian menemui mayat dipercayai seorang lelaki yang mula mereput, identiti mayat yang berseluar pendek dan berbaju T-shirt itu masih belum dikenal pasti.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan akan disiasat bawah Laporan Mati Mengejut.

Setakat ini katanya, pihak polis belum menerima sebarang laporan kes orang hilang dan beliau menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kehilangan mana-mana individu atau ahli keluarga agar segera melaporkannya ke balai polis yang terdekat.

Para Petugas sedang menguruskan mayat yang hampir mereput untuk dibawa ke hospital.

Para Petugas sedang menguruskan mayat yang hampir mereput untuk dibawa ke hospital.

Sementara itu, pada hari yang sama lebih kurang 2.20 petang, Ibrahim memaklumkan pihaknya menerima maklumat kejadian cubaan bunuh diri di kawasan semak berhampiran Pantai Damai, Kampung Layang-Layangan.

“Pasukan Polis yang tiba ditempat kejadian mendapati seorang lelaki dalam keadaan berbaring dipercayai telah meninggal dunia.

“Terdapat tali yang tergantung di atas pokok berhampiran mayat simati dan pemeriksaan awal terhadap fizikal mangsa juga mendapati terdapat kesan jerutan tali di leher si mati.

“Siasatan juga mendapati, mayat mangsa telah diturunkaan lebih awal oleh seorang saksi yang mendapat maklumat mengenai cubaan bunuh diri di tempat kejadian,” jelasnya.

Tambahnya, mayat mangsa itu seorang lelaki tempatan, berumur 21 tahun dipercayai membunuh diri akibat menghadapai tekanan hidup dan dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat.

-RI

Tinggalkan komen anda