Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Aktiviti Pasar Pagi Beransur Pulih

By 1 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been (Pasir Mas)

PASIR MAS, 1 April (Malaysiaaktif) – Pasar Pagi Tasek Raja di sini yang menjadi lubuk meraih rezeki bagi penduduk sekitar turut terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Seorang peniaga pasar tani, Siti Nor Ismail, 49, berkata beliau dapat menarik nafas lega apabila pihak kerajaan mula memberi kebenaran untuk merancakkan kembali aliran sektor ekonomi yang begitu suram sejak COVID-19 melanda dan melumpuhkan beberapa sektor yang menyebabkan kehilangan pekerjaan masyarakat.

Rosmah Ali, 62, syukur kelangsungan hidupnya dapat diteruskan semula walaupun terpaksa mematuhi SOP yang ketat.

Rosmah Ali, 62, syukur kelangsungan hidupnya dapat diteruskan semula walaupun terpaksa mematuhi SOP yang ketat.

Manakala, Rosmah Ali, 62, meluahkan rasa syukur yang tidak terkata bila pihak kerajaan mengumumkan peniaga serta orang ramai diberi kelonggaran untuk bergiat aktif dengan pematuhan SOP ketat yang perlu dipatuhi.

“Ini cukup bermakna buat saya dan keluarga demi meneruskan kelangsungan hidup, menyara anak dan cucu seramai lapan orang, perbelanjaan dari segi kewangan amat diperlukan untuk kelangsungan hidup,” kata Rosmah yang hampir lapan tahun berniaga di Pasar Tasek Raja.

Dalam pada itu menurut Suraini Jazlan, 61, pula berkata sebagai peniaga sayur-sayuran kampung yang dibeli dari penduduk sekitar, pendapatan harian hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan cukup terkesan bila hampir semua sektor ditutup sebelum ini.

Suraini Jazlan, 61, peniaga sayur yang peniagaannya terhenti seketika sebelum ini.

Suraini Jazlan, 61, peniaga sayur yang peniagaannya terhenti seketika sebelum ini.

“Pihak kerajaan telah memberi pelbagai bantuan bagaimanapun ianya masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan bagi keluarga besar tanpa berusaha sendiri,” katanya.

Ab.Wahab Razak, 69, pengujung pasar tani, menyeru kepada masyarakat agar sama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan sentiasa mengamalkan 3W (Wash, Wear,Warn) dan elakkan 3S (Sempit, Sesak, Sembang Dekat).

“Sentiasa pastikan perjarakkan sosial satu meter, amalkan cuci tangan dan kebersihan diri tanpa mengira waktu dan keadaan bagi memutuskan rantaian COVID-19 ke arah angka sifar harian,” ujarnya.

Ab.Wahab Razak, 69, berharap agar lapisan masyarakat dapat mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 dan melindungi semua.

Ab.Wahab Razak, 69, berharap agar lapisan masyarakat dapat mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian COVID-19 dan lindungi semua.

-RI

Tinggalkan komen anda