Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Perkasa Kesedaran Imunisasi dalam Kalangan Orang Asli – MKN

By 1 April 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mardialis Akma Abd Aziz/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

HULU TERENGGANU, 1 April (Malaysiaaktif) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu memperkasakan kempen kesedaran pengambilan imunisasi COVID-19.

Wakil MKN Negeri Terengganu Wan Aizuddin Wan Mohd Nasir, berkata matlamat asal program ini adalah untuk memberi kefahaman dan penerangan secara langsung berkenaan program imunisasi COVID-19 kepada warga Sungai Berua tentang kepentingan mengambil vaksin memandangkan sebahagian besar daripada mereka takut untuk menerima suntikan vaksin.

“Program ini merupakan kesinambungan daripada program sebelumnya yang telah diadakan pada awal Mac, baru-baru ini.

Wakil MKN Negeri Terengganu, Wan Aizuddin Wan Nasir berkata matlamat program untuk memberi kefahaman mengenai program imunisasi COVID-19.

Wan Aizuddin berkata matlamat program untuk memberi kefahaman mengenai program imunisasi COVID-19.

“Ini kerana telah menjadi tanggungjawab MKN untuk turun padang dan bersemuka dengan komuniti dalam usaha untuk meyakinkan mereka supaya bersetuju dengan saranan kerajaan untuk menerima suntikan imunisasi COVID-19.

“Golongan orang asli masih tidak terbuka dengan saranan kerajaan tentang kepentingan pengambilan vaksin dan mereka enggan menerima suntikan tersebut,” katanya sewaktu ditemui dalam Program Kesedaran Imunisasi COVID-19 di Kampung Sungai Berua, di sini semalam.

Sebahagian Orang Asli yang hadir pada program Sembang Santai Kesedaran Imunisasi COVID-19 di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Sebahagian Orang Asli yang hadir pada program Sembang Santai Kesedaran Imunisasi COVID-19.

Beliau berkata, hal demikian kerana mereka beranggapan bahawa pengambilan suntikan itu akan membahayakan diri dan fikiran sebeginilah menyebabkan pendaftaran vaksinasi masih berada pada tahap rendah.

“Penerangan dan pencerahan secara ringkas mengenai gejala COVID-19, kepentingan pengambilan vaksin dan golongan yang layak menerimanya turut didedahkan kepada penduduk di sini.

Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Dr. Alfian Awang Kulek menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan vaksin COVID-19 kepada penduduk Orang Asli, Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Dr. Alfian Awang Kulek menyampaikan ceramah berkaitan kepentingan vaksin COVID-19 kepada penduduk Orang Asli, Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu.

“Dalam usaha menjayakan program ini, MKN turut menyediakan bantuan berupa barang keperluan dapur kepada warga Sungai Berua yang terdiri daripada 133 buah keluarga bagi meringankan beban penduduk kampung,” katanya.

Penduduk kampung Sungai Berua Kamaruddin Besut, berkata sebelum ini dia berpendapat bahawa penerimaan vaksin ini akan memudaratkan diri dan lebih dikhuatirkan lagi akan membawa maut.

Namun, setelah diberi pencerahan, dia lebih yakin untuk menerima suntikan vaksin yang disarankan oleh kerajaan.

Kamarudin Besut, penduduk Kampung Sungai Berua yakin untuk menerima suntikan vaksin setelah diberi pencerahan.

Kamarudin Besut, kini yakin untuk menerima suntikan vaksin setelah diberi pencerahan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Berua Alias Pelung, berkata program ini merupakan program pertama yang dianjurkan secara bersemuka oleh pihak kerajaan di perkampungan itu.

“Saya sudah bersedia menerima suntikan vaksin, tetapi bagi penduduk di sini berfikiran sebaliknya.

“Namun, saya akan berusaha untuk memujuk dan meyakinkan mereka supaya bersetuju untuk menerima suntikan vaksin,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Berua, Alias Pelung bersedia menerima suntikan vaksin.

Alias Pelung bersedia menerima suntikan vaksin.

Beliau berharap program sebegini dapat mengubah pemikiran dan persepsi masyarakat di sini untuk sama-sama memerangi penularan COVID-19.

-ii-

Tinggalkan komen anda