Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorMA

Kluang Perintis Penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan KRT Daerah

By 3 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat (Kluang)

KLUANG, 3 April (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pemuafakatan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Daerah bakal ditubuhkan buat pertama kalinya di Kluang yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kluang.

Menurut Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, Pegawai Daerah Kluang adalah individu yang terawal berbincang di peringkat kementerian untuk bertukar pandangan dalam memperkasakan Komuniti Rukun Tetangga.

“Di Johor, kita tahu Pegawai Daerah boleh mewakili Sultan dan dalam struktur pentadbiran peringkat daerah itu sendiri Pegawai Daerah adalah orang yang berada di atas sebagai ketua.

“Maka adalah wajar jawatankuasa ini di pengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah sendiri yang akan bertindak selaku perantara kerajaan dalam Jawatankuasa Permuafakatan Daerah, untuk menyampaikan suara komuniti di kawasan mereka,” katanya yang ditemui pada Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Zon Kluang, Batu Pahat dan Mersing di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Dataran Tasik Kluang, di sini hari ini.

Menteri Perpaduan Negara menunjukkan vest Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) terbaru yang dilancarkan kepada Pegawai Daerah Kluang.

Menteri Perpaduan Negara menunjukkan vest Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) terbaru yang dilancarkan kepada Pegawai Daerah Kluang.

Beliau turut memaklumkan, bahawa kini terdapat 8,330 KRT di seluruh Malaysia dengan keahlian seramai 250,000 orang ahli KRT.

Sementara itu, pada program ini turut diadakan taklimat Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga yang disertai oleh wakil-wakil KRT dari daerah Kluang, Batu Pahat dan Mersing.

“Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga dan Agenda Kerja Baharu KRT (RT4ALL) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 28 Februari yang lalu adalah bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan.

“Bawah pelan itu, lima teras strategik yang akan memacu rukun tetangga ke arah kecemerlangan dengan memperkasakan kepimpinan rukun tetangga sebagai pemangkin perpaduan dan khidmat komuniti sebagai tapak integrasi nasional, meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti menerusi aktiviti kesukarelawanan, memantapkan peranan rukun tetangga dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti dan memperkasa kelompok komuniti,” ujarnya lagi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Dr. Chong Fat Full.

-NI-

Tinggalkan komen anda