Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Peniaga Ikan Bilis Pitas Manfaat Perniagaan Dalam Talian

By 20 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzaima Ibrahim (Kota Kinabalu)

PITAS, 20 April (Malaysiaaktif) – Bagi kebanyakkan peniaga di daerah sini, perkhidmatan penjualan dalam talian tidak lagi dianggap sebagai kehendak tetapi menjadi keperluan bagi meningkatkan pendapatan kepada peniaga yang menghadapi masalah memasarkan produk mereka ketika pandemik yang masih belum berakhir ini.

Menurut seorang pengusaha ikan bilis, Datu Mil Hussin Datu Agus, 51, pendapatannya sepanjang PKP sebenarnya banyak bergantung kepada jualan dalam talian.

“Perkhidmatan internet amat membantu dalam mempromosi produk ikan bilis serta mampu mendapat maklum balas daripada pelanggan dengan lebih cepat.

“Walaupun kerajaan melaksanakan PKP sebelum ini, masih ada pelanggan yang membeli ikan bilis kami melalui dalam talian.

“Oleh itu sepanjang PKP ini kami tidak kehilangan pelanggan sepenuhnya malah dapat meluaskan jaringan pelanggan dengan lebih cepat,” katanya ketika ditemui di kedai jualannya, di sini baru-baru ini.

Beliau turut bersetuju bahawa perniagaan dalam talian melalui platfom media sosial akan terus meningkat selari dengan peredaran masa.

“Saya yakin jualan dalam talian dengan bantuan media sosial mampu merancakkan lagi peluang perniagaan dengan pelbagai kaedah bagi meraih pendapatan,” jelasnya.

Sementara itu menurut isterinya Siti Khadijah Imall , 49, untuk berniaga ini selain berusaha para peniaga perlu berani mencuba sesuatu yang baharu.

“Ketika PKP, kami banyak belajar mengenai pemasaran dalam talian dengan bantuan golongan belia yang sememangnya amat relevan dengan situasi sekarang.

“Walaupun sepanjang PKP tahun lepas ada sedikit pengurangan pendapatan namun tidaklah begitu teruk berbanding peniaga lain yang menghadapi pelbagai masalah yang lebih berat berbanding kami,” ujarnya.

“Apapun kami turut berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas bantuan yang dihulurkan kepada peniaga yang terjejas PKP dengan pelbagai bentuk insentif dan berharap agar pendemik COVID-19 cepat berakhir,” katanya.

-RI

 

Tinggalkan komen anda