Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

51 Masyarakat Orang Asli Diraikan NegeriFM

By 20 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahril Alias/Leazmi Anak Leman (Port Dickson) 

PORT DICKSON, 20 April (Malaysiaaktif) – Seramai 51 keluarga masyarakat Orang Asli yang beragama Islam seluruh daerah ini diraikan dalam Program Jelajah Ramadan 2021 anjuran stesen radio NegeriFM.

Menurut Ketua Bahagian Rancangan Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan Abdul Razak Ahmad, program jelajah ini mendapat kerjasama antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bagi meraikan masyarakat Orang Asli di daerah ini.

“Program turun padang ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat, bahkan turut berkongsi rezeki dengan masyarakat disini.

“NegeriFM mengaturkan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, sukan rakyat, Celoteh Geng Hiruk Pikuk serta sumbangan barang keperluan dan wang tunai kepada mereka yang beragama Islam,” katanya ketika ditemui ketika ditemui di Kampung Orang Asli Bukit Kepong, di sini semalam.

Manakala bagi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Faarizan Raezali, program seumpama ini boleh diteruskan lagi pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai komuniti.

“Bagi mengeratkan hubungan antara agensi yang turun ke kampung kami, program seumpama ini sangat baik dan perlu penglibatan semua,” katanya.

 

Tinggalkan komen anda