Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Persatuan Belia Prihatin kepada Golongan Memerlukan

By 1 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff/Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 1 April (Malaysiaaktif) – Kelab Belia Sepakat Ulu Ladang bekerjasama dengan Kelab Belia 4B Tampin, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Tampin dan Pengakap Tampin menyantuni golongan yang memerlukan di Kampung Ulu Ladang, Gemas bagi memastikan tiada yang merasa mereka disisihkan.

Menurut pengerusi Belia 4B Tampin Suhaimizan Bizar, persatuan prihatin dengan permasalahan rakyat terutama golongan belia dan sentiasa berusaha membantu mereka yang memerlukan.

“Pada hari ini kami berpakat dengan persatuan belia lain di Tampin untuk menyampaikan bantuan kepada 10 keluarga bagi membantu meringankan beban mereka.

Suhaimizan (baju hijau) dan Mohd Fauzi (wakil pegawai Penerangan) menyampaikan bantuan dan penerangan mengenai pendaftaran vaksin covid 19 kepada Pn Faridah Che Mat (62tahun) yang mengalami masalah untuk berjalan selepas pembedahan.

Suhaimizan (baju hijau) dan Mohd Fauzi (wakil pegawai Penerangan) menyampaikan bantuan dan penerangan mengenai pendaftaran vaksin kepada Faridah Che Mat, 62, yang mengalami masalah untuk berjalan selepas pembedahan.

“Kami turut menyampaikan maklumat mengenai saluran yang mereka boleh gunakan untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Suhaimizan turut menyatakan program sebegini bukan sekadar hanya untuk menyampaikan sumbangan sekali beri malah memastikan mereka ini mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitumal sekiranya mereka layak.

“Selain itu, kami turut mengundang Pejabat Penerangan Daerah Tampin untuk menyampaikan maklumat mengenai pendaftaran COVID-19 dan dasar kerajaan kepada keluarga yang terlibat dan masyarakat kampung,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda