Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

12 Kerusi Roda Sumbangan NGO ke PPV Kompleks Sukan Balik Pulau

By 14 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 14 April (Malaysiaaktif) – Pejabat Daerah Barat Daya menyelaras sumbangan yang diterima daripada tiga buah badan bukan kerajaan (NGO) dengan 12 kerusi roda ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Balik Pulau, di sini.

Pegawai Daerah Barat Daya Mohd Hafiz Aswad, berkata sumbangan itu dihantar ke PPV kerana mengambil kira atas dasar keperluan dan keselesaan apabila berurusan dengan pengendalian suntikan vaksin di sini.

“Persatuan One Hope Charity dan Welfare telah menyumbangkan lapan buah kerusi roda ke PPV yang disumbangkan sendiri oleh persatuan tersebut manakala Persatuan Tzu Chi Foundation Pulau Pinang menyumbang dua buah kerusi roda beserta 280 buah pelindung muka untuk kegunaan orang ramai.

“Selain itu, Persatuan Kebajikan dan Upacara Pengebumian Daerah Barat Daya juga turut mengambil peluang menyumbangkan lima buah kerusi roda untuk PPV bagi membantu orang awam yang uzur.

“Kemudahan yang disediakan ini boleh digunakan apabila PPV dijangka beroperasi sepenuhnya pada 19 April 2021 nanti,” katanya ketika menerima sumbangan tersebut, baru-baru ini.

Sumbangan dari Persatuan One Hope Charity & Welfare kepada Pusat Penerimaan Vaksin sebanyak 8 buah kerusi roda.

Sumbangan daripada Persatuan One Hope Charity & Welfare kepada Pusat Penerimaan Vaksin sebanyak lapan buah kerusi roda.

Menurut Hafiz, kapasiti PPV di sini boleh menempatkan seramai 600 orang penerima vaksin dalam satu hari memandangkan ruang di dalam kompleks sukan ini luas dan selesa serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Persatuan Kebajikan Dan Upacara Pengebumian Daerah Barat Daya menyumbang 5 buah kerusi roda menjelang Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 untuk warga emas.

Persatuan Kebajikan dan Upacara Pengebumian Daerah Barat Daya menyumbang lima buah kerusi roda menjelang Fasa-2 Program Imunisasi COVID-19 untuk warga emas.

“Kami menghargai sumbangan dari NGO sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat terutamanya di Daerah Barat Daya berurusan dengan baik apabila tiba waktu pengendalian suntikan Vaksin COVID-19 nanti.

“Diharapkan lebih ramai lagi NGO di luar sana tampil membantu dengan menyumbangkan keperluan yang diperlukan tidak kira dari segi harta benda mahupun sumbangan yang lain,” katanya.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritendan A. Anbalagan dan Penolong Pegawi Daerah, Hakim bersama beberapa petugas PPV menyaksikan penyerahan sumbangan dari NGO.

-ii-

Tinggalkan komen anda