Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Edaran Bubur Lambuk Tradisi Penerangan Daerah Tampin

By 1 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto : Nur Syafiq Zaman /Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Bubur Lambuk merupakan satu juadah tradisi yang sering diadakan oleh masyarakat di daerah Tampin apabila tibanya Ramadhan Al- Mubarak.

Jabatan Penerangan Daerah Tampin telah mengambil insentif dengan mengadakan Program Edaran Bubur Lambuk Ramadhan melalui Program Jabatan Penerangan Malaysia “Info On Wheels” dan juga memberi bahan penerbitan serta penerangan ringkas berkenaan dasar kerajaan yang telah dilaksanakan.

Program ini telah berkerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain dan persatuan belia daerah Tampin iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tampin, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Tampin, Persatuan Belia 4B Daerah Tampin dan MAYC Daerah Tampin.

Program ini telah dilaksanakan di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Tampin. Program ini merupakan program tahunan sempena Ramadan tahun ini.

ADUN Gemencheh, YB. Dato’ Mohd. Isam Haji Mohd. Isa berkata, jutaan terima kasih kepada semua Agensi Kerajaan, Sukarelawan serta Badan-Badan NGO yang telah terlibat dan bertungkus lumus dalam menjayakan program ini dari pagi hingga ke malam.

“Kita berharap serta ingin mengajak warga penduduk Gemencheh untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin COVID-19 kerana Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) bagi fasa kedua telah pun bermula pada bulan ini dan kita berharap peratusan masyarakat yang mendaftarkan diri bagi penerimaan vaksin Covid-19 akan meningkat dengan adanya program sebegini,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

 Bersama YB ADUN Gemencheh, Anggota RELA Tampin, BELIA 4B Tampin dan MAYC Tampin

Bersama YB ADUN Gemencheh, Anggota RELA Tampin, BELIA 4B Tampin dan MAYC Tampin.

Sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah diedarkan di sekitar DUN Gemencheh, edaran bubur lambuk ini diadakan di Bazaar Ramadhan kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai.

Penganjuran Program ini bertujuan bagi mengeratkan semangat perpaduan antara Agensi Kerajaan bersama Sukarelawan dan Badan-Badan NGO.

Program ini merupakan program tahunan sempena Ramadan tahun ini dan disamping itu, ia juga dapat menerapkan nilai-nilai murni serta secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat.

-FF

Tinggalkan komen anda