Skip to main content
Berita TengahMAPerak

JaPen Perak Perkasa Hebahan Sepanjang PKP

By 30 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

TAIPING, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Perak terus turun padang mendekati masyarakat dalam menyebar luas maklumat dan membuat hebahan biarpun tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) JaPen Perak Hasan Ashaari Abu Bakar, hal ini tidak membataskan pergerakan jabatan untuk terus menabur khidmat apatah lagi sama-sama berganding bahu dengan barisan hadapan demi memastikan negara bebas daripada virus COVID-19.

“Keadaan pada ketika ini agak membimbangkan dengan peningkatan kes yang begitu mendadak dan JaPen mengambil inisiatif untuk terus memberi hebahan kepada masyarakat tentang bahaya COVID-19 selain menggiatkan kempen pendaftaran suntikan vaksin.

“Langkah ini sejajar dengan matlamat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang mahu melipat gandakan usaha menyalurkan maklumat pendaftaran suntikan vaksin terutama kepada penduduk luar bandar dan tumpuan diberikan kepada golongan yang kurang mahir dengan kaedah pendaftaran secara talian,” katanya ketika ditemui sempena Program Hebahan Bersepadu Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Plaza Perbandaran, di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah LMS Lizza Imelia M. Sulanah, berkata hebahan tersebut dipergiat di daerah ini memandangkan Mukim Taiping telah diisytiharkan sebagai kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 22 Mei sehingga 4 Jun ini.

Lizza Imelia membuat hebahan kepada orang awam di sekitar Plaza Perbandaran.

Lizza Imelia membuat hebahan kepada orang awam di sekitar Plaza Perbandaran.

“Kita menggerakkan unit hebahan ini demi memastikan rakyat terus patuh kepada arahan kerajaan di samping membuat tinjauan sepanjang PKPD berlangsung.

“Atas sebab itu, Pejabat Penerangan LMS mengetuai kumpulan kerja pengurusan media dan hebahan maklumat sempena pembukaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah ini,” katanya.

Pegawai Daerah dan Tanah Taiping, Mohamed Akmal Dahalan dan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat turut terlibat dalam Hebahan Bersepadu hari ini.

Pegawai Daerah dan Tanah Taiping, Mohamed Akmal Dahalan (tiga dari kiri) dan Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat (dua dari kiri) turut terlibat dalam program hebahan tersebut.

~RJ~

Tinggalkan komen anda