Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Keistimewaan Lemang Daun Lerek Tarikan Pembeli

By 27 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Kebiasaannya lemang dimasak berlapikkan dengan daun pisang, tetapi berbeza dengan pengusaha lemang di daerah Tampin yang menghasilkan lemang dengan menggunakan daun lerek.

Menyedari keunikan rasa dan aroma lemang daun lerek, Nizar Ahmad, 57, yang telah berniaga di Tampin sejak 13 tahun yang lalu berkata lemang daun lerek kini kian menjadi tumpuan orang ramai, khususnya untuk dijadikan juadah pada hari raya.

“Permintaan terhadap lemang ini meningkat setiap kali Hari Raya berikutan rasanya yang lebih enak serta aroma yang dihasilkan daripada daun lerek menjadikannya lebih wangi dan kelebihan lemang ini ialah ia hanya perlu ditarik pada daunnya dan tidak perlu bersusah payah untuk memotong buluh tersebut,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, di sini baru-baru ini.

Nizar Ahmad menyusun lemang daun lerek untuk dibakar.

Nizar Ahmad menyusun lemang daun lerek untuk dibakar.

Menurut Nizar, uniknya cara penghasilan lemang ini, di mana kaedah pembakaran lemang yang berbeza menggunakan ketuhar sendiri yang boleh memuatkan sebanyak 30-35 batang dalam satu masa serta mempunyai tempat khas seperti zink untuk membakar lemang tersebut.

“Dengan menggunakan kaedah unik tersebut, membuatkan penghasilan lemang yang sudah dimasak menjadi lebih cepat, ia cuma mengambil masa 30 hingga 60 minit untuk masak.

“Keistimewaan lemang daun lerek daerah Tampin ini juga menggunakan air santan kelapa serta dicampur dengan santan sebati yang menyebabkan rasa lemang tersebut lebih lemak,” katanya.

Nizar berkata, selain menggunakan resepi turun-temurun, lemangnya dimasak menggunakan air kelapa, santan dan beras pulut berkualiti.

Pembantu Encik Nizar memasukkan beras pulut yang direndam bersama santan kedalam buluh sebelum dibakar.

Pembantu Encik Nizar memasukkan beras pulut yang direndam bersama santan kedalam buluh sebelum dibakar.

“Tempahan awal daripada pembeli digalakkan bagi mengekalkan keaslian rasa lemang daun lerek dan berdasarkan jualan pada tahun ini purata satu hari hasil jualan sebanyak 1000 batang lemang terhasil,” katanya lagi.

-FF

Tinggalkan komen anda