
Laporan/foto: Mohd Ridhuan Samuel (Kuala Kangsar)/Facebook Fadlina Ghani
KUALA KANGSAR, 9 Mei (Malaysiaaktif) –Pada tahun ini Pejabat Parlimen Kuala Kangsar dengan kerjasama Persatuan Muafakat Anak Jati Kuala Kangsar (GEMUDA) menganjurkan Pertandingan Panjut antara kampung dalam Parlimen Kuala Kangsar yang berlangsung semalam.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Yazid, tradisi ini sudah tentu dapat mengimbau nostalgia dan mengembalikan semula tradisi masyarakat Melayu di daerah Kuala Kangsar.
“Sebanyak tujuh buah kampung dan sebuah surau terlibat dalam pertandingan ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sayong Tengah, di sini semalam.
Tambah Mastura, kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Sungai Siput (Chandan), Kampung Padang Changkat, Kampung Kepala Bendang, Kampung Bukit Lada, Kampung Sayong Tengah, Kampung Suak Petai dan Kampung Talang Hulu serta Surau Talang Hulu.
“Johan pertandingan akan menerima wang tunai berjumlah RM5000, naib johan RM3000 dan tempat ketiga RM2000.
“Pihak penganjur sentiasa menitikberatkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kehadiran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah untuk membuat pemantauan di setiap lokasi terlibat,” katanya.
~RJ~