Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Agihan Bubur Lambuk Buat Petugas PPV

By 10 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris/Mohd Afnan Hakimi Abd Aziz (Marang)

MARANG, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 100 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Program agihan bubur lambuk itu merupakan sumbangan Primula Beach Hotel sebagai penghargaan kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin Daerah Marang.

Pengarah Urusannya Suaibah Harun, berkata mereka terpanggil untuk mengagihkan sumbangan ini sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas dan juga penerima vaksin di sini.

Penerima vaksin yang menghadiri temujanji turut menerima bubur lambuk.

Penerima vaksin yang menghadiri temujanji turut menerima bubur lambuk.

“Program ini merupakan salah satu acara untuk menyerikan Ramadan walaupun kita berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama pandemik COVID-19,” katanya selepas penyerahan tersebut, baru-baru ini.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Marang Tan Sin Yiew, bubur lambuk itu diagihkan kepada petugas bahagian hadapan yang terdiri daripada para doktor, jururawat, anggota polis, anggota pertahanan awam (APM), anggota Ikatan Relawan (RELA) dan juga petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di daerah tersebut.

Petugas sukarelawan turut dihargai.

Petugas sukarelawan turut dihargai.

“Selain itu, petugas barisan hadapan seperti anggota beruniform di Dewan PPV dan kakitangan Klinik Kesihatan Marang turut mendapat sumbangan tersebut.

Penghulu Mukim Rusila, Syukri A.Ghani mengiringi Tan Sin Yiew mengagihkan bubur lambuk kepada jururawat yang bertugas.

Penghulu Mukim Rusila, Syukri A.Ghani mengiringi Tan Sin Yiew mengagihkan bubur lambuk kepada jururawat yang bertugas.

“Kita berharap dengan penganjuran aktiviti ini dapat memberi sedikit sokongan moral terutama kepada petugas barisan hadapan menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Turut hadir dalam majlis ringkas penyerahan ini adalah penghulu Mukim Rusila Syukri A.Ghani serta wakil-wakil jabatan yang terlibat di Daerah Marang.

-ii-

Tinggalkan komen anda