Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sambutan Hari Wesak Penuh Kesederhanaan

By 28 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Muhd Alif Abd. Hamid (Daerah Barat Daya)

BAYAN LEPAS,27 Mei (Malaysiaaktif) – Hari Wesak disambut sederhana dalam norma baharu di Kuil Tokong Ular dan Kuil Samye Drodul-Ling Monastery tahun ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan susulan pandemik COVID-19.

Penjaga kuil Lan Fong, 67, berkata Hari Wesak adalah penting kepada penganut agama Buddha, serta melambangkan kepercayaan penuh penganut-penganut ini kepada agama mereka.

“Sebelum COVID-19, penganut agama Buddha akan menziarahi biara dan kuil pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha serta juga akan berarak beramai-ramai sambil membawa seni hias berupa patung dan simbol berkaitan di jalan raya pada malam Wesak,” katanya ketika ditemui semasa operasi tinjauan bersepadu perayaan tersebut, di sini kelmarin.

Operasi pemantauan pematuhan SOP bersepadu yang dijalankan bersama pihak PDRM dengan melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya.

Operasi pemantauan pematuhan SOP bersepadu yang dijalankan bersama pihak PDRM dengan melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya.

Lan berkata, kuil tidak membenarkan sebarang aktiviti sambutan keagamaan dijalankan tahun ini dan penganut agama Buddha tidak dapat hadir secara fizikal ke tokong.

“Walaupun satu sesi dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang, namun pihak kuil tidak membenarkan orang ramai mengunjungi Kuil untuk upacara sambutan keagamaan berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat,” katanya.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Barat Daya Aslina Abdullah, berkata Pegawai Perpaduan dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan melakukan pemantauan pematuhan SOP.

Kuil Samye Drodul-Ling Monastery tahun ini di sini juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan susulan pandemik COVID-19.

Kuil Samye Drodul-Ling Monastery tahun ini di sini juga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan susulan pandemik COVID-19.

“Pemantauan pematuhan SOP untuk memastikan pengunjung sentiasa menjaga kebersihan diri dan memakai pelitup muka serta penjarakan fizikal dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID 19 di Malaysia.

“Operasi pemantauan pematuhan SOP bersepadu yang dijalankan bersama pihak PDRM dengan melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya mendapati suasana di tokong lengang tanpa kehadiran pengunjung,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda